- Jemputan
- Isi jemputan
- Bahagian yang dipaparkan
Atur bahagian yang dipaparkan dalam jemputan
Bahagian jemputan yang tidak anda gunakan, contohnya kira detik atau hadiah, boleh disembunyikan daripada tetamu. Tetapannya ada dalam Tetapan jemputan, pada bahagian khusus bagi tema jemputan anda.
Di mana tetapannya
| Tema | Tempat tetapan | Yang boleh diatur |
|---|---|---|
| Jingga | Isi jemputan › Tetapan jemputan › Paparan tema Jingga › Bahagian jemputan | Sepuluh bahagian jemputan, satu demi satu |
| Aruma | Isi jemputan › Tetapan jemputan › Paparan tema Aruma › Bahagian jemputan | Tujuh bahagian yang boleh diklik tetamu |
| Tema lain | Belum ada tetapannya dalam Tetapan jemputan | — |
Bahagian Paparan tema Jingga hanya muncul untuk tema Jingga, dan Paparan tema Aruma hanya untuk tema Aruma. Jika anda tidak menemui kedua-duanya, bermakna jemputan anda menggunakan tema lain.
Tema Jingga
- Buka Isi jemputan › Tetapan jemputan.
- Tatal ke Paparan tema Jingga. Bahagian pertamanya Bahagian jemputan.
- Matikan suis di sebelah bahagian yang ingin disembunyikan. Hidupkan semula untuk memaparkannya. Perubahan disimpan secara automatik.
Bahagian yang boleh diatur: Kira Detik, Kisah Cinta, Kod Pakaian, Pengesahan Kehadiran, Ucapan & Doa, Galeri Foto, Tanda Kasih, Ucapan Terima Kasih, Menu Navigasi, dan Footer. Bahagian yang dimatikan tidak dipaparkan dalam jemputan.
Tema Aruma
- Buka Isi jemputan › Tetapan jemputan.
- Tatal ke Paparan tema Aruma, kemudian ke Bahagian jemputan.
- Matikan suis Paparkan bahagian ini pada bahagian yang ingin disembunyikan. Labelnya bertukar daripada Aktif kepada Tidak aktif.
Bahagian dalam tema Aruma ialah gambar yang boleh diklik tetamu untuk melihat maklumat lebih terperinci: About Us, Dress Code & Nuance, Our Love Story, Our Story Gallery, Time & Place, Guest Confirmation, dan Gift & Prayers from Afar. Nama asal itu dipaparkan dalam bahasa Inggeris dalam senarai sehingga anda menggunakan Pakej bahasa Bahasa Indonesia atau mengisi Tajuk tersuai.
Pada bahagian yang aktif, anda boleh mengisi Tajuk tersuai dan Penerangan tersuai. Biarkan kosong untuk menggunakan teks lalai.
Di bahagian atas Paparan tema Aruma ada dua tetapan lain:
- Kesan cahaya sentiasa aktif: kesan cahaya terus menyala tanpa tetamu perlu menekan butang lampu.
- Sembunyikan ucapan secara lalai: gelembung ucapan muncul dan hilang bergilir-gilir, butangnya kekal kelihatan.
Dalam pakej Janjian dan Full Custom terdapat juga Variasi paparan umum, contohnya gaya butang pembuka. Dalam pakej di bawahnya, bahagian ini terkunci.

Penjelasan teks asal dan Pakej bahasa ada di Ubah teks dan hiasan Aruma.
Isi yang disembunyikan kekal selamat
Menyembunyikan bahagian hanya mengatur paparan. Isinya, contohnya foto galeri atau cerita Kisah Cinta, kekal disimpan dalam bahagian masing-masing di Isi jemputan dan muncul semula apabila bahagian itu anda hidupkan.
Langkah seterusnya
- Atur teks dan paparan Jingga — ubah teks, warna dan imej hiasan Jingga.
- Ubah teks dan hiasan Aruma — tukar teks asal, muka depan dan Pakej bahasa Aruma.
- Tukar tema jemputan — pilih tema lain beserta variannya.