Langkau ke kandungan

Ucapan tetamu

Buka di dashboard(tab baharu)Dikemas kini 17 Okt 2026

Tetamu boleh menulis ucapan atau doa semasa mengisi RSVP pada jemputan. Semua ucapan terkumpul dalam tab Ucapan & doa pada menu RSVP & ucapan.

Baca semua ucapan

  1. Buka RSVP & ucapan di bar sisi, dalam kumpulan Jemput tetamu.
  2. Klik tab Ucapan & doa. Nombor di sebelah nama tab ialah bilangan ucapan yang sudah masuk. Pintasan: klik Lihat semua ucapan pada kad Ucapan & doa dalam Rekap kehadiran.
  3. Baca senaraianya. Ucapan terbaru berada di paling atas. Setiap ucapan memaparkan nama tetamu, masa dihantar, dan seluruh isi ucapan. Halakan kursor ke masanya untuk melihat tarikh penuh.

Jika belum ada ucapan, halaman memaparkan Belum ada ucapan. Ucapan dan doa yang ditulis tetamu pada jemputan anda akan muncul di sini.

Tab Ucapan & doa berisi senarai ucapan dengan nama tetamu, masa dihantar, dan isi ucapan

Cari ucapan tertentu

Dalam tab Ucapan & doa, taip pada medan carian Cari nama atau isi ucapan. Senarai hanya memaparkan ucapan yang sepadan dengan nama tetamu atau isi ucapannya. Klik Kosongkan carian & tapisan untuk memaparkan semua ucapan semula.

Ucapan dalam borang RSVP

  • Ucapan tidak wajib. Tetamu masih boleh menghantar RSVP tanpa menulis ucapan, dan ucapan kosong tidak disimpan.
  • Panjang ucapan maksimum 500 aksara.
  • Dalam tema Aruma, ucapan dipaparkan sebagai gelembung pada jemputan. Anda boleh menyembunyikannya secara lalai melalui Sembunyikan ucapan secara lalai dalam Isi jemputan › Tetapan jemputan, di bawah Paparan tema Aruma.

Langkah seterusnya

  • Status RSVP — Lihat jawapan hadir dan tidak hadir daripada tetamu.
  • Statistik tetamu — Baca ringkasan bilangan tetamu yang hadir dan belum menjawab.
Adakah halaman ini membantu?